Berita
Mini konti Rilek FM, HQ Studioz disusun atur dengan peralatan baru. Dengan tambahan beberapa peralatan yang memberikan kualiti yang lebih baik sewaktu saya keudara diharapkan dapat memberikan kepuasan kepada para pendengar Rilek FM. Dengan kos yang rendah, HQ Studioz dibina secara sedikit demi sedikit dan hasilnya kini agak baik untuk sebuah stesen radio internet.
Berita
Logo Rilek FM baru dilancarkan sejurus selepas menyambut hari raya aidilfitri. Setelah setahun lebih Rilek FM beroperasi rasanya sudah tiba masa untuk mengemaskini logo Rilek FM dengan logo yang lebih baik. Terima kasih kepada DJ Nash yang sudi memberi komen membina semasa proses saya melakar dan menghasilkan logo baru ini. Semoga dengan pelancaran logo ini Rilek FM akan lebih maju dan akan lebih mendapat tempat di ruangan internet ini.
Berita
Semarakkan sambutan kemerdekaan ke 52 dengan mengibarkan Jalur Gemilang. 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ merupakan tema sambutan ulang tahun kemerdekan 2009 menyemarakkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk sama-sama berganding bahu meneruskan cita-cita untuk mencapai wawasan 2020. Sempena sambutan ulangtahun ini marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang yang menjadi lambang kemegahan negara kita.
Coretan
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaanyang ke 52. Tema bagi sambutan kemerdekaan tahun ini ialah ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Sama² lah kita hanyati erti kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 52 tahun. Semoga Malaysia terus maju dan terus aman makmur selamanya demi anak cucu kita nanti..
Coretan
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna. Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang bersama Rilek FM di bulan ramadhan untuk tahun ini. Tahun 2009 merupakan tahun kedua Rilek FM bersama rakan-rakan pendengar di bulan ramadhan. Walaupun bulan yang sama namun Rilek FM sama sekali amat berbeza berbanding pada tahun lepas kerana pada tahun lepas Rilek FM umpama bayi yang baru lahir dan terumbang ambing untuk berdiri. Alhamdulillah pada ramadhan tahun ini Rilek FM lebih meriah dengan pelbagai pembaharuan yang telah dilakukan sepanjang tempoh setahun ini. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada teman-teman dan semoga puasa kita diterima oleh-Nya.
Berita
Alhamdulillah kini saya dalam proses menaik taraf konti saya yang merupakan konti utama Rilek FM. Dengan kewangan yang sedikit saya cuba untuk melengkapkan konti kecil ini dengan peralatan-peralatan yang sesuai untuk memberikan keselesaan kepada saya sendiri sewaktu keudara di Rilek FM dan kualiti bunyi yang lebih bagus semasa autoplay. Dalam masa terdekat ini saya cuba untuk menyiapkan konti kecil ini dengan peralatan audio yang mencukupi dan menyediakan kemudahan untuk keudara 3 orang sekaligus dalam satu-satu masa di konti kecil ini.
Berita
Alhamdulillah hari ini saya dah pun tukar tema blog saya ke tema baru. Harap tema ini lebih sesuai dan selesa untuk rakan-rakan. Jika tema lama mungkin warna latar yang kurang sesuai dan agak susah untuk membaca tulisannya. Dengan penukaran tema ini semoga saya akan sentiasa kemaskini blog ini dengan cerita-cerita baru untuk dikongsi bersama.




Kini saya menyediakan siaran langsung video sewaktu saya bersiaran dari HQ Studioz Putrajaya. Rakan-rakan pendengar berpeluang melihat bagaimana saya bersiaran dan mengendalikan konti sewaktu keudara di Rilek FM. Anda boleh melihat siaran secara langsung


